Untuk teman-teman dan pengunjung-pengunjung,
5 tahun mencurah rasa.
Di sini segalanya bermula.
5 tahun mencipta impian.
Mimpi yang entah bila akan jadi kenyataan.
Bukan mudah sebenarnya memuaskan hati semua pihak.
Tidak mudah juga mereka kisah di sini.
Di sini, aku boleh jadi sesiapa sahaja.
Di sini, aku boleh bertukar watak sekelip mata.
Di sini, mungkin, di sinilah diriku yang sebenarnya...
Kamu membaca,
Kamu menilai,
Kamu menafsir,
Siapa pun aku pada kamu,
Aku cuma mahu jadi aku....